Kuala Lumpur: “Yang jarang jumpa tapi selalu ada, Zizan.”
Demikian kata pelakon, pelawak dan penyanyi Shuib Sepahtu, 42, mengenai rakannya, Zizan Razak.
Menurut Shuib, Zizan merupakan insan yang selalu ada untuknya ketika susah dan senang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ada ramai kawan,tapi yang jarang jumpa tapi selalu ada, Zizan,” katanya dalam Thread.
Pandangan Shuib itu disokong oleh komposer dan penyanyi Kmy kmo, yang memaklumkan turut menerima sokongan moral daripada Zizan ketika dia menghadapi kesusahan.
“Setuju abangku. Waktu saya pernah jatuh susah, Zizan salah sorang yang bantu dari segi semangat untuk bangkit,” ujarnya.











