TrustCapital, Taylor’s Assets bina kediaman pelajar gred institusi

TrustCapital, Taylor’s Assets bina kediaman pelajar gred institusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TrustCapital dan Taylor’s Assets memeterai usaha sama strategik bagi menubuhkan platform pelaburan kediaman pelajar khusus (PBSA) gred institusi yang pertama di Malaysia.  

Langkah berkenaan dilaksanakan bagi menggabungkan keupayaan pengurusan pelaburan hartanah dan modal institusi TrustCapital dengan pengalaman Taylor’s Assets dalam pembangunan serta operasi kediaman pelajar.  

Penggabungan kekuatan kedua-dua pihak itu bertujuan mengumpul modal institusi untuk membina portfolio PBSA yang boleh diperluas, merangkumi pengambilalihan aset sedia ada serta pembangunan projek baharu.  

Presiden Taylor’s Assets, Sheena Angelina berkata, kerjasama tersebut merupakan langkah seterusnya bagi meluaskan keupayaan syarikat di luar portfolio sedia ada menerusi penubuhan platform pelaburan PBSA gred institusi pertama negara.  

“Berdasarkan pengalaman sedia ada kami dalam kediaman pelajar, kerjasama ini menandakan langkah seterusnya untuk meluaskan keupayaan kami di luar portfolio sedia ada dan membina platform pelaburan PBSA gred institusi pertama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama TrustCapital, Shakir Asri berkata, pihak syarikat berhasrat mewujudkan jenama PBSA teraju pasaran yang mengutamakan keselamatan dan keperluan komuniti pelajar tempatan serta antarabangsa.  

“Bersama Taylor’s, kami bukan sahaja membina satu portfolio, malah kami sedang mewujudkan jenama PBSA teraju pasaran yang berkhidmat untuk komuniti pelajar tempatan dan antarabangsa yang kian berkembang, dengan persekitaran yang selamat, berteraskan komuniti serta eksklusif untuk pelajar,” katanya. 

Kerjasama ini memanfaat peningkatan enrolmen pelajar dan menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 yang menyasarkan kemasukan 500,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2035.  

Kedua-dua pihak akan terus memajukan pembangunan strategi bersama, penyelidikan pasaran dan penglibatan pelabur seiring struktur pelaburan serta pengurusan platform yang sedang dibangunkan.   –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×