Sindiket seludup syabu guna motosikal ke Indonesia diburu - Utusan Malaysia

Sindiket seludup syabu guna motosikal ke Indonesia diburu

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memburu sindiket dadah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan cubaan menyeludup 13.398 kilogram (kg) syabu ke Indonesia menggunakan motosikal di sempadan Kalimantan Barat, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk selepas diambil dari sempadan Sarawak.

Menurutnya, pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki warganegara itu berusia 32 tahun bersama dua beg dan sebuah motosikal selepas cuba meloloskan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, operasi dijalankan di Dusun Sungai Kelik, Desa Jasa, Kecamatan Ketungau Hulu, Kabupaten Sintang berhampiran sempadan Sarawak.

“Hasil pemeriksaan pihak Indonesia menemukan 13 bungkusan disyaki methamphetamine dengan berat keseluruhan 13.398kg,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia menerima maklumat mengenai seorang individu dari Malaysia disyaki membawa dadah menggunakan motosikal.

Hussein berkata, dadah berkenaan terdiri daripada 10 bungkusan berjenama Jinyu, dua bungkusan teh Guan Yun Wang dan satu bungkusan teh Qing Shan.

“Kita sedang mengesan sindiket yang dipercayai mempunyai kaitan. Semakan juga sedang dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek pernah tinggal di negara ini atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×