Selepas setahun, masih ada penumpang bas ekspres gagal pakai tali pinggang

Selepas setahun, masih ada penumpang bas ekspres gagal pakai tali pinggang

MOHD. Misuari Abdullah semasa sidang media selepas sesi taklimat dan demonstrasi pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 19 penumpang bas ekspres dikompaun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gagal memakai tali pinggang keledar meskipun lebih setahun peraturan ini dikuatkuasakan.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, jumlah itu melibat tempoh Januari hingga hari ini hasil operasi penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan.

Katanya, ia dilakukan melalui operasi anggota yang dilakukan oleh anggota melalui taktik penyamaran sebagai penumpang.

“Sebelum ini kita (JPJ Kelantan) dah seronok bila semua penumpang patuh kepada peraturan tersebut. Namun, mutakhir ini mereka (penumpang) sudah mulai leka dan mengambil mudah peraturan tersebut.

“Jadi kami, JPJ Kelantan tidak akan terus berputus asa untuk memberikan penerangan kepada penumpang berhubung pelaksanaan peraturan tersebut dengan turun ke terminal-terminal bas,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat dan demonstrasi pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) di sini hari ini.

Mohd. Misuari berkata, selain penumpang, 10 pemandu bas turut dikenakan tindakan sepanjang tempoh sama kerana gagal mematuhi peraturan berkaitan pemakaian tali pinggang keledar.

Utusan Malaysia 29 Jun 2025 lalu melaporkan JPJ akan menguatkuasakan peraturan pemakaian tali pinggang keledar ke atas semua pemandu, penumpang bas ekspres dan persiaran bermula Selasa ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, individu yang ingkar akan berdepan notis saman sebanyak RM300.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×