Saya tidak ada kena mengena dengan perkara ini - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Saya tidak ada kena mengena dengan perkara ini – Shila Amzah

SHILA AMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shila Amzah memberi amaran kepada netizen agar tidak menggunakan namanya untuk menjatuhkan penyanyi lain.

Menurut Shila, dia enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana cubaan untuk menghina dan menjatuhkan artis lain.

“Tolong jangan gunakan nama saya untuk merendah-rendahkan atau menghina artis lain okey.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak ada kena mengena dengan perkara ini,” katanya di Thread.

Shila dalam masa yang sama memaklumkan peminat sejatinya juga tahu dan tidak pernah menggalakkan permusuhan sesama artis.

“Peminat sebenar saya tahu yang saya tidak pernah menggalakkan benda macam ini. Kalau betul sokong saya, tak perlu jatuhkan orang lain untuk naikkan saya.

“Tolong berhenti dan hormati orang lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×