Rohingya ada pasport beri pinjam motosikal kepada rakan

Rohingya ada pasport beli motosikal sebelum pinjam kepada rakan

MOHD. Misuari Abdullah (tengah) dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelarian etnik Rohingya di negeri ini dikesan menggunakan rakan yang memasuki Malaysia secara sah dan memiliki pasport untuk meminjam motosikal.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd. Misuari Abdullah berkata, kenderaan yang dibeli oleh rakan pelarian Rohingya itu kemudian didaftarkan sebelum dipinjamkan kepada mereka untuk digunakan sebagai pengangkutan harian.

“Kebanyakan kenderaan terlibat adalah motosikal dan setakat yang kita tahu, ia diberikan kepada rakan-rakan mereka (pelarian Rohingya) untuk digunakan sebagai pengangkutan secara percuma.

“Jadi dalam istilah lain, diberi pinjam. Kalau penduduk tempatan, mereka sewakan kenderaan kepada pelarian-pelarian itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JPJ Negeri Kelantan, Panji, di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, pihaknya turut mendapati masih terdapat orang tempatan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing termasuk pelarian Rohingya.

Katanya, bagaimanapun, jumlah kes berkenaan menunjukkan penurunan susulan tindakan yang diambil agensi keselamatan termasuk JPJ Kelantan sebelum ini.

“Saya lihat kes orang tempatan menyewakan kenderaan kepada warga asing semakin berkurang, hasil daripada tindakan kita membuat pendakwaan di mahkamah. Namun masih ada orang-orang tempatan melakukan kesalahan itu dengan alasan tidak tahu, kasihan dan sebagainya,” ujarnya.

Mohd. Misuari berkata, sebagai negeri pelopor dalam melaksanakan tindakan tegas terhadap kesalahan dilakukan pelarian Rohingya, JPJ Kelantan sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap isu berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×