RCI TH: Bekas menteri bebas dengan jaminan SPRM

RCI TH: Bekas menteri bebas dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji telah dibebaskan.

Suspek lelaki berusia 60-an itu dibebaskan sebaik tempoh reman terhadapnya tamat semalam selepas direman selama tujuh hari.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman mengesahkan perkata tersebut dan berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, suspek telah direman kali pertama selama lima hari bermula 2 hingga 6 September. Kemudian, reman dilanjutkan dua hari lagi hingga 8 September.

Bekas ahli Parlimen itu ditahan SPRM selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2 September untuk disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam perkembangan ber­kaitan, SPRM sebelum ini memperoleh perintah reman terhadap Il individu bagi membantu siasatan berhubung isu Laporan RCI TH.

Antara individu yang telah direman termasuk bekas pengerusi TH, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO), seorang bekas menteri serta beberapa anggota pengurusan kanan dan individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkaitan.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyem­bunyian maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×