RCI TH: Azeez, ahli keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan

RCI TH: Azeez, ahli keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya menyerahkan notis berkenaan kepada Abdul Azeez, ahli keluarga termasuk anak-anaknya minggu ini mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, borang tertentu turut diberikan kepada pihak terbabit bagi tujuan pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM.

“Pihak kami juga telah menyerahkan notis kepada Abdul Azeez dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan hartanya dalam tempoh sebulan seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

“Notis tersebut telah disampaikan kepada beliau dan ahli keluarganya dan ada borang tertentu diberikan bagi pelaporan harta tersebut dilakukan atau dilaporkan kepada pihak SPRM,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media di Maktab Penjara Kajang, hari ini.

Abdul Azeez didakwa pada 9 September lalu atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Setakat 18 September, SPRM telah mendakwa enam individu berkaitan lapan isu atau kes dalam rangka siasatan RCI Tabung Haji, manakala lima lagi siasatan masih berjalan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×