Porsche musnah terbakar di LPT

Porsche musnah terbakar di LPT

SEBUAH kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar di susur keluar ke Tol Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Temerloh, Pahang. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar di susur keluar ke Tol Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.04 petang itu, pemandu kereta berkenaan berusia 36 tahun dilaporkan selamat.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.04 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab ke lokasi.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 1.42 petang dan mendapati sebuah Porsche terbakar. Kebakaran melibatkan 100 peratus kenderaan terbabit, namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu mula daripada tangki air jentera bomba.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×