Persediaan Belanjawan Negeri Sembilan antara dibicangkan dengan Ahmad Zahid

Persediaan Belanjawan Negeri Sembilan antara dibicangkan dengan Ahmad Zahid

MOHD. Asna Amin ketika ditemui pemberita di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Seremban, hari ini.-UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persediaan bagi pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 antara perkara utama diberi perhatian dalam perbincangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

ADUN Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin berkata, Belanjawan Negeri Sembilan dijangka dibentangkan pada Disember nanti dan tempoh kira-kira dua bulan yang berbaki perlu dimanfaatkan bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan dan kepentingan rakyat tidak terjejas.

“Semalam kami bincang mengenai jalan penyelesaian untuk mengatasi kemelut yang berlaku di Negeri Sembilan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan kena berjalan, belanjawan negeri sudah dekat. Bulan Disember ini kita kena bawa ke Dewan, jadi tinggal lagi lebih kurang dua bulan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Asna berkata, kepentingan rakyat perlu diutamakan dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kemelut berkenaan berbanding kepentingan politik.

“Kita apa-apa pun meletakkan kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan politik. Jadi, kita letakkan kepada Menteri Besar untuk menentukan cara dan kaedah (penyelesaian),” katanya.

Beliau berkata, penyelesaian segera penting bagi membolehkan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran, termasuk persediaan menghadapi pembentangan Belanjawan Negeri 2027.

Sebelum ini media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengadakan pertemuan bersama 25 ADUN Negeri Sembilan dari BN dan PN.

Pertemuan itu bagi menyelaras langkah seterusnya dalam mencari penyelesaian terbaik di peringkat negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×