Pencapaian ASM 3 cerminan pengurusan amanah pelaburan baik - PM

Pencapaian ASM 3 cerminan pengurusan amanah pelaburan baik – PM

Bersatu PH
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian agihan pendapatan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) pada 5.00 seunit mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menguruskan amanah pelaburan dengan baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan pendapatan dengan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun itu berjaya dicapai walaupun terpaksa mendepani persekitaran pasaran global yang penuh cabaran.

Katanya, tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan meningkat daripada 4.75 sen seunit pada 2025.

“Bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar ini bersamaan anggaran 4.87 peratus selepas zakat,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Perdana Menteri turut berharap supaya agihan itu dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik.

Terdahulu, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi dana harga tetapnya, ASM 3, untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2026, hari ini.

Jumlah pengagihan pendapatan RM1.01 bilion itu merupakan pengagihan tertinggi dana tersebut dalam tempoh tujuh tahun, yang bakal memanfaatkan 818,137 pemegang unit dengan pegangan 20.97 bilion unit.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berkata, kadar pengagihan bagi tahun kewangan semasa adalah lebih tinggi berbanding 4.75 sen seunit pada tahun sebelumnya.

“ASM 3 turut mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank sebanyak 1.99 peratus, dengan lebihan prestasi 301 mata asas. Sehingga 23 September 2026, dana merekodkan pendapatan bersih direalisasikan sebanyak RM1.23 bilion.

“Pengagihan pendapatan ini mencerminkan prestasi berdaya tahan dana dalam persekitaran pelaburan global yang mencabar, dicirikan oleh ketidaktentuan kadar faedah, ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×