Menteri datang dan pergi, kementerian terus berfungsi - Anthony Loke

Menteri datang dan pergi, kementerian terus berfungsi – Anthony Loke

ANTHONY Loke Siew Fook (dua kanan) bersalaman dengan Nga Kor Ming (kiri) selepas sidang akhbar mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu pejabat DAP, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertukaran menteri merupakan perkara biasa dan tidak akan menjejaskan operasi Kementerian Pengangkutan yang terus berfungsi seperti biasa.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian akan terus berfungsi seperti biasa walaupun berlaku perubahan pada kedudukan menteri yang mengetuai kementerian berkenaan susulan pengumuman beliau menawarkan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan.

Kata Anthony, beliau bagaimanapun memerlukan sedikit masa kerana terdapat beberapa perkara tertunggak yang perlu diuruskan sebelum meninggalkan kementerian.

“Menteri datang dan pergi saya tidak merasakan perkara itu akan merencatkan sebarang projek di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Saya akan berbincang dengan Perdana Menteri berhubung beberapa perkara tertunggak dalam kementerian sebelum peletakan jawatan berkuat kuasa,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu pejabat DAP, hari ini.

Anthony berkata, sebarang perancangan yang telah dibuat dan projek-projek yang sedang dilaksanakan kementerian akan terus berjalan walaupun berlaku pertukaran menteri.

Katanya, kementerian tidak akan berhenti berfungsi hanya kerana seseorang menteri meletakkan jawatan daripada Jemaah Menteri.

“Saya tidak melihat terdapat sebarang masalah terhadap operasi Kementerian Pengangkutan susulan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×