Mahkamah benar Najib, anak tangguh prosiding bankrap

Mahkamah benar Najib, anak tangguh prosiding bankrap

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, mendapatkan penangguhan prosiding kebankrapan terhadap mereka.

Panel tiga hakim yang bersidang terdiri daripada Datuk Dr. Alwi Abdul Wahab, Datuk Dr. Shahnaz Sulaiman dan Datuk Ong Chee Kwan, turut membenarkan rayuan kedua-duanya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 November tahun lalu yang menolak permohonan penangguhan berkenaan.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Alwi berkata penangguhan itu wajar diberikan kerana kedua-dua perayu mengemukakan isu khusus yang perlu diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), sekali gus menjadi alasan mencukupi untuk membenarkan permohonan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Najib dan Nazifuddin memohon penangguhan prosiding kebankrapan sementara menunggu keputusan rayuan mereka di hadapan SCIT berhubung taksiran cukai tambahan yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Prosiding kebankrapan itu berpunca daripada keputusan berasingan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penghakiman terus memihak kepada LHDN terhadap bapa dan anak berkenaan berhubung tunggakan cukai bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

LHDN sedang menuntut tunggakan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini