Lima kawasan di Gua Musang dinaiki air, 19 mangsa dipindahkan

Lima kawasan di Gua Musang dinaiki air, 19 mangsa dipindahkan

ANGGOTA APM Gua Musang, Kelantan memantau keadaan paras air selepas beberapa kawasan di jajahan ini ditenggelami air malam tadi.-IHSAN APM GUA MUSANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lima kawasan di jajahan ini dinaiki air susulan sejak lebat sejak malam tadi menyebabkan 19 mangsa terpaksa berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang, Leftenan Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata, kawasan terjejas ialah Renok Baru A, Sungai Asap, Kampung Baru Jeram Tekoh, Taman Agropolitan Rantau Manis dan Felda Perasu.

“Tiga PPS yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh, Dewan Zon 3 dan Masjid Jeram Tekoh bagi menempatkan mangsa yang terjejas selepas kawasan rumah mereka ditenggelami air.

“Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan laluan utama di Gua Musang masih boleh dilalui semua kenderaan, kecuali satu jalan menghala ke Ciku 7 yang terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mohd. Hanafi memberitahu, pemantauan sentiasa dilakukan APM bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jajahan Gua Musang bagi memastikan keadaan semasa terus terkawal.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini selain mematuhi arahan pihak berkuasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×