Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan urusan peribadi

Pemuda Pas Terengganu letak jawatan urusan peribadi, tiada kaitan isu parti

MUHAMAD HAMDI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda Pas Terengganu adalah atas urusan peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang isu dalaman parti itu.

MOHD. FADHLI RAHMI ZULKIFLI

Pemangku Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd. Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, perkara berkenaan tidak wajar diperincikan kerana pihaknya sendiri tidak mengetahui secara terperinci alasan di sebalik keputusan tersebut.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini sudah memadai bagi menjelaskan mengenai peletakan jawatan berkenaan.

“Peletakan jawatan beliau lebih kepada urusan peribadi. Kita pun tidak tahu secara terperinci,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) menerusi mesyuarat khas mengumumkan pelantikan barisan kepemimpinan baharu susulan peletakan jawatan Muhamad Hamdi berkuat kuasa semalam.

Setiausaha DPPNT, Mohd. Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT yang diadakan pada Rabu lalu sebulat suara menerima peletakan jawatan berkenaan.

Katanya, susulan kekosongan jawatan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd. Fadhli sebagai Pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 2026-2027. Selain itu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pemuda manakala Abdul Manaff Ghani sebagai Pemangku Naib Ketua Pemuda. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×