MEKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya menjaga disiplin dan terus memberi fokus kepada ibadah sepanjang masyair khususnya di Arafah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, jemaah turut diminta sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan termasuk berada di khemah masing-masing sepanjang pergerakan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan serta kesihatan jemaah sentiasa terpelihara terutama ketika berdepan cuaca panas di…










