Jerebu Sarawak pulih, 41 kawasan Semenanjung catat IPU tidak sihat

Jerebu Sarawak pulih, 41 kawasan Semenanjung catat IPU tidak sihat

KAWASAN di Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 178 setakat pukul 9 pagi ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 41 kawasan di Semenanjung terutama di pantai barat masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini, manakala kualiti udara di Sarawak semakin pulih.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan IPU pada tahap baik, manakala 10 lagi pada tahap sederhana.

Kawasan yang mencatatkan IPU baik ialah di Sarikei iaitu 47, Limbang (46) dan ILP Miri (43), manakala antara kawasan pada tahap sederhana ialah Kuching (75), IPD Serian (70), Samarahan (68) serta Sibu (66).

Bagaimanapun, Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi dalam kategori tidak sihat iaitu 185, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (179), Nilai, Negeri Sembilan (178) dan Putrajaya (176).

Shah Alam, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan pula masing-masing merekodkan IPU 175, selain Batu Muda, Kuala Lumpur (172), Petaling Jaya (168) serta Klang (167) yang turut berada pada tahap tidak sihat.

Di utara Semenanjung, Minden, Pulau Pinang dan Seri Manjung, Perak masing-masing mencatatkan IPU 166, diikuti Seberang Jaya, Pulau Pinang (162), Taiping, Perak (159) serta Sungai Petani, Kedah (157).

Keadaan sama turut direkodkan di Melaka dengan Bukit Rambai mencatatkan IPU 164, diikuti Alor Gajah (160) dan Bandaraya Melaka (152).

Selain kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat, sebanyak 22 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan empat lagi pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×