Jerebu makin memburuk, 36 kawasan terjejas

Jerebu makin memburuk, 36 kawasan terjejas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana setakat pukul 11 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU tidak sihat tertinggi direkodkan di Serian iaitu 188, diikuti Johan Setia (183), Pasir Gudang (174), Larkin (169) dan Cheras (166).

Antara kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Putrajaya dengan bacaan 164, Batu Muda (159) dan Seri Manjung (153).

Sementara itu, kawasan lain yang merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Mukah dengan bacaan 52, Sarikei (53), Keningau (54), ILP Miri (54) dan Miri (55).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×