Jemaah Menteri doakan kesembuhan Tun Dr Mahathir

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Tun Dr Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menzahirkan doa agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan susulan keadaan kesihatannya yang kini dipantau doktor di Institut Jantung Negara (IJN).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada Dr Mahathir serta keluarga susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Jemaah Menteri mendoakan kesihatan Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir yang kini berada di dalam pemantauan doktor di Institut Jantung Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perdana Menteri, seluruh Jemaah Menteri dan pihak kerajaan turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga di atas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Pada masa sama, Fahmi berkata, Allahyarham Dr Siti Hasmah adalah seorang tokoh wanita dan negarawan yang amat dihormati.

Selain itu, Fahmi memaklumkan, ucapan takziah turut disampaikan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri dan Dr Mahathir dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin.

Allahyarham Dr Siti Hasmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×