Jangan gadai maruah UMNO demi kerusi

Jangan gadai maruah UMNO demi kerusi

MOHAMAD Hasan ketika berucap dalam penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO diingatkan supaya tidak sesekali menggadaikan maruah parti semata-mata untuk mendapatkan tempat dalam sebarang kerjasama politik.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO perlu mempunyai ketegasan dalam setiap rundingan dan tidak menerima sesuatu yang boleh menjejaskan maruah parti.

“Bila kita berunding, berunding dengan saksama. Berunding betul-betul. Tak betul, jangan. Kita ada maruah.

“Jangan gadaikan maruah kita demi untuk mendapat tempat. UMNO tidak pernah mengharapkan ehsan orang. UMNO tidak ditubuhkan kerana ihsan orang.

“UMNO ditubuhkan kerana kita nak membela Melayu, bangsa dan agama,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini , hari ini.

Mohamad berkata, setiap rundingan perlu dilakukan secara saksama dengan kepentingan parti menjadi keutamaan terutama selepas UMNO pernah melalui pengalaman dikecewakan sebelum ini.

“Ada orang yang cuba untuk mengambil peluang. Menganggap kita lemah, mengambil peluang untuk bersama.

“Tetapi percayalah saudara-saudari sekalian bahawa kita pernah berpengalaman macam mana kita dikecewakan. Jadi, jangan kita kecewa berkali-kali,” katanya.

Tambahnya, meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyebut mengenai persefahaman dengan pihak lain, perkara itu tidak seharusnya menyebabkan parti terbawa-bawa sehingga mengabaikan keutamaan membina kekuatan sendiri.

“Walaupun ada yang disebut oleh Presiden tentang persefahaman, cukup setakat persefahaman.

“Jangan kita terbawa-bawa sangat sampai kita lupa bahawa membina kekuatan sendiri itu adalah keutamaan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×