Jamil Khir tidak mengaku sebabkan TH lupus RM860.3 juta

Jamil Khir tidak mengaku sebabkan TH lupus RM860.3 juta

JAMIL Khir Baharom bersama barisan peguamnya di kaki lima Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyebabkan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan wang RM860,308,770.51 di antara antara 2015 hingga 2017.

Mengikut pertuduhan, Jamil Khir, 65, yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai didakwa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyebabkan Lembaga TH melupuskan harta miliknya iaitu wang RM42,942,074 bersamaan SAR44.170 juta, RM288,172,134.64 (SAR250,041,622) dan RM529,194,561.87 (SAR471,848,615) kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×