Jalan utama ke Pos Balar runtuh akibat hujan lebat

Jalan utama ke Pos Balar runtuh akibat hujan lebat

KEADAAN  jalan utama menuju ke penempatan Orang Asli Pos Balar di Gua Musang, Kelantan runtuh susulan hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Laluan utama menuju ke penempatan Orang Asli di Pos Balar di sini, terputus selepas berlaku runtuhan jalan susulan hujan lebat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Balar, Hanan Anjang berkata, kejadian berlaku berhampiran Kampung Enching kira-kira pukul 6 petang ketika hujan lebat menyebabkan laluan utama berkenaan runtuh dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8 malam. Hari ini saya akan pulang ke Pos Balar untuk meninjau keadaan jalan terbabit dan melihat sama ada masih boleh dilalui atau sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laluan itu adalah jalan utama untuk masuk ke Pos Balar. Sekarang sudah masuk musim hujan di pedalaman, jadi banyak jalan lain turut rosak teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanan berkata, keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan penduduk kerana kerosakan jalan boleh menjejaskan pergerakan keluar masuk terutama bagi mendapatkan bekalan keperluan asas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×