Isu Surat Cara Proklamasi boleh diselesaikan – Ahmad Zahid

Isu Surat Cara Proklamasi boleh diselesaikan – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan isu membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berhubung Surat Cara Proklamasi boleh diselesaikan.

Beliau berkata, terdapat beberapa langkah yang sedang diambil bagi menangani isu berkenaan.

“Ya, terdapat beberapa langkah yang sedang diambil dan saya fikir isu itu boleh diselesaikan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan⁠, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Ismail bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Pertemuan itu turut disertai tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ismail sebelum ini mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Beliau turut membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×