IPU Terengganu baik, semua stesen tahap sederhana

Jerebu: IPU Terengganu tahap sederhana

RUMAH bot membawa pelancong berlatar belakangkan keadaan udara berjerebu semasa tinjauan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu mengesahkan kualiti udara di negeri ini masih berada pada tahap sederhana dengan tiada hotspot dikesan setakat pukul 8 pagi ini.

Pengarah JAS Terengganu, Hamzah Mohamad berkata, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di empat stesen pemantauan seluruh negeri adalah antara 73 hingga 91.

Katanya, bacaan tertinggi direkodkan di Kuala Terengganu iaitu 91 diikuti Besut (89), Paka (76) dan Kemaman (73).

“Kesemua stesen berada pada tahap sederhana dan tiada hotspot dikesan. Bacaan ini adalah berdasarkan pemantauan JAS pada 8 pagi ini,” katanya di sini.

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan 51 hingga 100 adalah pada tahap sederhana manakala bacaan 101 hingga 200 dikategorikan tidak sihat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×