Felda: SPRM rakam keterangan Isa Samad di Penjara Sungai Buloh - Utusan Malaysia Felda: SPRM rakam keterangan Isa Samad di Penjara Sungai Buloh

Felda: SPRM rakam keterangan Isa Samad di Penjara Sungai Buloh

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula merakam keterangan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad di Penjara Sungai Buloh sejak 17 September lalu bagi membantu siasatan berkaitan agensi berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, proses rakaman keterangan itu telah berlangsung selama dua hari bermula Khamis dan semalam.

Katanya, ia akan disambung pada Isnin depan dengan keseluruhan proses dijangka mengambil masa tiga hingga empat hari lagi.

“Setakat ini telah rakam dua hari (Jumaat dan Khamis) keterangan bekas Pengerusi Felda di Penjara Sungai Buloh.

“Kita akan sambung pada hari Isnin ini dan kemungkinan akan selesai pada hari Khamis bagi perakaman penyataan daripada bekas Pengerusi Felda,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media di Maktab Penjara Kajang hari ini.

Beliau berkata, SPRM turut memberi tumpuan kepada pengumpulan dokumen berkaitan yang berada di luar negara, khususnya di United Kingdom (UK) dan Arab Saudi.

Katanya, SPRM akan memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) melalui Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan keterangan saksi serta dokumen berkaitan dari negara terbabit

“Siasatan masih dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×