Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan

Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan

KESEMUA pendaki dibawa ke IPD Gerik, Perak untuk dirakam keterangan berkaitan kehilangan mereka ketika mendaki di Gunung Trans Gerah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Enam pendaki termasuk empat sekeluarga yang dilaporkan hilang di Gunung Trans Gerah (Trans GGB) di Hutan Simpan Lojing, Kelantan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini, sebentar tadi untuk dirakam keterangan.

Kenderaan yang membawa mereka tiba pada pukul 11 pagi dari Jeti Trojan, Tasik Temenggor selepas mereka dibawa keluar dari Pos Kemar menggunakan bot.

Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kesemua mangsa digerakkan selepas mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Mereka memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lalu.

Enam individu terlibat terdiri daripada dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39; isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×