Bil elektrik: Anwar beri bayangan khabar baik

Bil elektrik: Anwar beri bayangan khabar baik

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan terdapat berita baik susulan mesyuarat khas berkaitan isu elektrik yang berlangsung di Bangunan Perbendaharaan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak berkaitan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“It’s a good news (Ia berita),” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan di sini.

Semalam, Anwar memaklumkan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.

Katanya, keadaan jerebu serta cuaca lebih panas sejak kebelakangan ini mendorong peningkatan penggunaan elektrik sebahagian isi rumah sehingga melepasi paras 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan dan tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×