Bayi masih bertali pusat ditinggalkan dalam tong sampah tandas

Bayi masih bertali pusat ditinggalkan dalam tong sampah tandas

TANGKAP layar satu rakaman video menunjukkan seorang bayi yang masih bertali pusat dijumpai di LTAPP, Pulau Pinang. GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang bayi yang masih bertali pusat ditemukan ditinggalkan di dalam tong sampah sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas.

Difahamkan, bayi berkenaan dijumpai oleh seorang pekerja pembersihan di lokasi terbabit sebelum beberapa rakaman video mengenai kejadian itu tersebar di media sosial sejak semalam.

Rakaman video yang tular itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang menyifatkan perbuatan meninggalkan bayi dalam keadaan sedemikian sebagai tidak berperikemanusiaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan, seorang lelaki warga Myanmar berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan selepas siasatan lanjut dijalankan susulan penahanan seorang wanita tempatan berusia 23 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan di Kompleks Bukit Jambul.

“Bayi itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan manakala pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mengambil beberapa sampel diambil berkaitan bagi tujuan analisis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan serta kaitan individu-individu yang ditahan dengan kejadian tersebut.

“Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini