Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di pondok bas

Bayi lelaki ditemukan dalam kotak di pondok bas

LOKASI pondok menunggu bas berhampiran Surau Batu 5, Alai, Melaka, tempat seorang bayi lelaki dipercayai baharu lahir ditemui orang awam dalam sebuah kotak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu lahir ditemukan di dalam sebuah kotak di pondok menunggu bas berhampiran Surau Batu 5, Alai, di sini malam tadi.

Kejadian itu disedari orang awam kira-kira pukul 9.20 malam sebelum dimaklumkan kepada Balai Polis Kandang untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan menemui kotak berwarna coklat di atas bangku pondok menunggu bas yang mengandungi bayi lelaki masih bernyawa.

“Anggota polis yang tiba di lokasi terus menghubungi ambulans sebelum pasukan perubatan sampai kira-kira 25 minit kemudian untuk memeriksa keadaan bayi tersebut.

“Selepas diperiksa, bayi tanpa identiti itu dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada di lokasi untuk membantu proses dokumentasi, manakala kes tersebut diserahkan kepada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×