Mayat bayi ditemui di asrama sebuah IPT di Banting

Mayat bayi ditemui di asrama sebuah IPT di Banting

Mayat bayi di asrama
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Mayat bayi ditemukan dalam keadaan berbalut dengan kain di dalam rumah sampah dekat blok asrama sebuah institusi pendidikan tinggi Banting, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi, pihaknya kemudian menerima aduan daripada seorang lelaki yang melaporkan tentang penemuan bayi perempuan itu.

“Bagaimanapun suspek berusia belasan tahun itu dipercayai ibu kepada bayi berkenaan sudah dikenal pasti dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN