Turap segera jalan kampung pesisir Sg. Tembeling

Turap segera jalan kampung pesisir Sg. Tembeling

KEADAAN jalan masuk masih berbatu, berlumpur dan permukaan berlekuk menyebabkan pemandu tidak selesa ketika masuk ke Kampung Bantal Sebarang, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk Ulu Tembeling di sini, merayu supaya kerja-kerja penurapan jalan ke kampung mereka dilakukan segera bagi memudahkan urusan mengangkut hasil pertanian dan perjalanan ke bandar.

Bagi penggiat pelancongan pula, laluan berturap penting bagi keselesaan pengunjung yang berkenderaan keluar dan masuk dari persimpangan utama Kuala Tahan-Mat Daling ke Kampung Bantal

Seberang sejauh enam kilometer, selain lapan kilometer ke Kampung Bukit Mat Daling.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jalan di situ masih dalam fasa pembinaan sejak beberapa tahun lalu kerana sebahagiannya sudah diletakkan batu laterit, cuma perlu diturap tar bagi keselesaan dan kelancaran pergerakan kenderaan keluar masuk ke kampung tersebut.

Penduduk Kampung Bukit Mat Daling, Ahmad Hairi Timban berkata, jalan berturap adalah keperluan utama yang perlu di­siapkan kerana sudah sekian lama penduduk pesisir Sungai Tembe­ling menunggu laluan yang lebih selesa dan selamat.

“Berapa lama lagi kami mahu menunggu permukaan jalan diturap tar bagi mengelakkan laluan batu kerikil, berlumpur ketika selepas hujan dan permukaan yang berlekuk.

“Jalan masuk ke kampung kami tidak jauh sangat jaraknya dari persimpangan jalan utama Kuala Tahan-Mat Daling. Tidak perlu dilengahkan untuk di­siapkan,” katanya.

Ahmad Hairi berkata, penduduk Ulu Tembeling mahukan jalan yang selesa untuk mengangkut hasil kampung ke bandardan kemudahan bagi agensi kerajaan memberi perkhidmatan ke kampung itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN