Tiga sekeluarga maut kebakaran rumah

Tiga beranak maut kebakaran rumah

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran rumah kayu di Desa Mawar 2, Muadzam Shah, Pahang dalam kejadian yang mengorbankan tiga beranak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Tiga beranak maut manakala dua lagi anak mereka terselamat selepas sebuah rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Sekolah Kanan 2A, Desa Mawar 2, Muadzam Shah, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42; isterinya, Siti Zaleha Aluha, 31, dan anak mereka, Muhamad Putra Rayqal, 4.

Katanya, polis menerima maklumat mengenai kebakaran dua buah rumah di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.17 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada kira-kira pukul 4.35 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lelaki dewasa ditemukan di dalam longkang di hadapan rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Muadzam Shah.

“Pemeriksaan lanjut bersama pegawai bomba kemudian menemukan dua lagi mangsa dalam keadaan rentung di sudut sebuah bilik yang terbakar,” katanya di sini.

Sharif Shai berkata, dua lagi anak mangsa berusia 10 tahun dan 16 tahun dapat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, rumah bersebelahan turut dijilat api, namun tujuh penghuninya termasuk pemilik, Ahmad Fauzi Ismail, 35, bersama isteri dan empat anak mereka selamat.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.05 pagi dan mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×