Tiga kanak-kanak rentung kebakaran rumah atas air

Tiga kanak-kanak rentung kebakaran rumah atas air

KEBAKARAN memusnahkan rumah atas air melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama, Kota Kinabalu, Sabah.- JBPM Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga orang kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan kira-kira 200 buah rumah atas air di sini pagi tadi.

Mangsa masing-masing ialah adik-beradik, Mohd. Hasrul Abd. 4, dan Ana Abd., 6, serta sepupu mereka, Norfadilah Mohd. Thajia, 8.

Ketiga-tiga mangsa ditemukan pasukan bomba pada pukul 6.40 pagi, 7.20 pagi dan 7.46 pagi ketika operasi pemadaman dan pencarian dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hannis Moktar berkata, kebakaran membabitkan rumah atas air jenis tidak kekal yang merangkumi tiga kampung iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

“Anggaran awal mendapati kira-kira 200 rumah terjejas dalam kawasan seluas 79 meter x 116 meter,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi sebelum jentera tiba di lokasi pada 1.54 pagi.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 6.26 pagi daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.Operasi pemadaman, pencarian mangsa dan kerja-kerja lain masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini