RCI TH: SPRM sambung rakam percakapan bekas CFO hari ketiga

RCI TH: SPRM sambung rakam percakapan bekas CFO hari ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung rakaman percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung lebih 7 jam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, bekas pegawai kanan tersebut telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakaman percakapan beliau pada hari ketiga telah selesai kira-kira pukul 5.30 petang dan esok akan bersambung untuk hari keempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini