IPOH: Tokoh filem, seniman dan pengkarya veteran negara, Datuk Rahim Razali dipilih menerima Anugerah Zaid bin Thabit (Tokoh Pengamal Komunikasi dan Media) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H peringkat negeri.
Rahim, 87, yang dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah menerima anugerah tersebut yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Anugerah itu membolehkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-2 itu menerima wang tunai RM5,000 dan plak yang disampaikan baginda.
Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) kepada Yang Walad, 82.
Ibu kepada 15 cahayamata itu menerima kurniaan wang tunai RM10,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM9,000 dan plak.
Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) kepada Radzi Kamarul Hailan, Anugerah Tokoh Imam (Mohd. Hanafiah Idris), Anugerah Tokoh Bilal (Yahaya Man) dan Anugerah Tokoh Siak (Saharuddin Hassim).
Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pula diterima Pertubuhan Wanita Prihatin Perak.
Lima menerima anugerah itu menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan plak. – UTUSAN











