PN puas hati barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan

PN puas hati barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang turut menyaksikan wakil gabungan itu berada dalam senarai.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PN telah diberikan kedudukan dua exco dan seorang timbalan speaker dalam pentadbiran Negeri Sembilan.

“Kita puas hati. Kita diberi dua orang (Exco) dan seorang timbalan speaker,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Terdahulu, 10 Exco Kerajaan Negeri Negeri Sembilan me­ngangkat sum­pah jawatan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 12 tengah hari ini untuk mengumumkan senarai Exco berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×