Pengalaman Ismail bawakan pentadbiran stabil, cekap

Pengalaman Ismail bawakan pentadbiran stabil, cekap

MOHAMAD Hasan ditemui pemberita selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar merupakan pilihan tepat bagi mentadbir Negeri Sembilan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kualiti dan pengalaman politik yang ada pada Ismail diyakini dapat membawa pentadbiran yang stabil dan cekap buat negeri ini.

“Kami sangat sukacita atas pelantikan beliau yang bukan asing dalam politik Negeri Sembilan, ini merupakan penggal ketujuh beliau sebagai ADUN.

“Saya rasa pemilihan Ismail amat tepat sekali dengan pengalaman yang beliau ada, dapat memberikan pentadbiran yang stabil dan cekap untuk kita terus pastikan Negeri Sembilan dapat bergerak dan membangun seperti dirancang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×