Empat terselamat selepas helikopter terbakar 100 peratus di lapangan terbang Subang

Empat terselamat selepas helikopter terbakar 100 peratus di lapangan terbang Subang

SEBUAH helikopter terbakar sebelum berlepas dari Karbon MRO, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) bagi tujuan pengujian enjin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Empat individu terselamat selepas sebuah helikopter terbakar sebelum berlepas dari Karbon MRO, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja-kerja pembaikan, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari tadi, helikopter terbakar 100 peratus.

Berdasarkan maklumat Pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) kesemua mangsa merupakan lelaki warganegara Ukraine.

Mereka terdiri daripada seorang juruterbang, pembantu juruterbang (seorang) dan kru (dua orang).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan hendak melakukan proses berlepas (take-off) bagi menguji enjin selepas kerja-kerja pembaikan.

Katanya, empat individu yang berada di dalam helikopter itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota bertugas sedang menjalankan operasi pemadaman di lokasi.

“Status kecederaan mangsa masih belum diperoleh setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Ketua Zon dan Ketua Balai turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Seramai lima anggota telah ditugaskan ke lokasi dengan menggunakan 1 unit jentera FRT-1,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN