Denak Indah dan Suria ‘pandai memujuk’, operasi pindah gajah Mek Jeram lancar

 Denak Indah dan Suria ‘pandai memujuk’, operasi pindah gajah Mek Jeram lancar

KAKITANGAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dibantu denak Indah dan Suria memindahkan seekor gajah betina (tengah) yang menceroboh masuk ke kawasan penempatan penduduk di sekitar Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gajah liar yang diberi jolokan Mek Jeram’ berjaya dipujuk dua gajah denak, Indah dan Suria di Kampung Jeram, Manir, di sini sebelum dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum, Perak, hari ini.

Operasi pemindahan bermula kira-kira pukul 8 pagi itu berlangsung lancar dengan Mek Jeram berjaya dipujuk oleh kedua-dua gajah denak berkenaan dalam tempoh kira-kira 15 minit sebelum diiring ke lori pemindahan.

Gajah betina berkenaan kemudian dinaikkan ke lori pemindahan pada kira-kira pukul 10.30 pagi untuk dibawa ke Taman Negeri Royal Belum, Perak, bagi tujuan pelepasan semula ke habitat bersesuaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menangkap gajah itu di kawasan kampung berkenaan Sabtu lalu.

“Operasi pemindahan gajah ini dijalankan bermula pukul 8 pagi ini dengan disertai 12 kakitangan PerhulitanTerengganu, tujuh kakitangan Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka serta dua kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

“Gajah yang dipindahkan berada dalam keadaan selamat dan stabil sebelum dinaikkan ke lori pemindahan pada pukul 10.30 pagi,” katanya hari ini.

Menurutnya, gajah berkenaan dibawa ke Taman Negeri Royal Belum, Perak untuk dilepaskan.

Jumaat lalu, kehadiran gajah itu menggemparkan penduduk Kampung Jeram apabila kelibatnya dikesan berkeliaran di kawasan kampung selain merosakkan tanaman tebu dan pisang penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini