Boikot bermotosikal ke Thailand rugikan diri sendiri – SAM

Boikot bermotosikal ke Thailand rugikan diri sendiri – SAM

THAILAND merupakan destinasi pilihan utama para penunggang motosikal dari Malaysia untuk berkonvoi. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD MADZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seruan seorang pempengaruh supaya rakyat Malaysia memboikot perjalanan bermotosikal ke Hatyai, Thailand selepas mendakwa disaman secara tidak adil oleh polis negara itu hanya merugikan diri sendiri dan menjejaskan hubu­ngan kedua-dua negara.

Pengerusi Persatuan Superbi­kers Malaysia (SAM) Kuala Lumpur, Datuk Azman Maat berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan erat dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pelancongan, pengangkutan dan kekeluargaan.

Katanya, pempengaruh ter­ba­bit sepatutnya tidak terlalu mengikut emosi sehingga men­geluarkan kenyataan sedemikian secara terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Undang-undang di Malaysia dan Thailand mungkin ada se­di­kit perbezaan, tetapi masih mengikut standard antarabangsa.

“Apa sahaja saman yang dikeluarkan pihak berkuasa di luar negara, semestinya ada motif dan kesalahan yang kita lakukan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Baru-baru ini tular video seorang pempengaruh media sosial yang mendakwa polis trafik Thailand mencari kesalahan terhadapnya dan rakan-rakan ketika berkonvoi ke Hatyai.

Dia kemudian menyeru rakyat Malaysia memboikot perjalanan ke destinasi pelancongan popular itu.

Bagaimanapun, Polis Trafik Hat Yai menafikan dakwaan membuli konvoi membabitkan 17 penunggang motosikal Malaysia yang ditahan untuk pemeriksaan.

Azman berkata, Thailand kekal antara destinasi pilihan utama penunggang motosikal Malaysia kerana kos penginapan berpatutan, makanan halal mudah diperoleh dan mempunyai banyak pelancongan menarik.

Selain itu, katanya, Thailand turut menjadi laluan strategik bagi penunggang motosikal yang mahu meneruskan perjalanan ke Laos, Myanmar, China dan negara lain.

Beliau berkata, penunggang motosikal perlu menghormati undang-undang negara yang dikunjungi bagi mengelakkan sebarang masalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini