Bilik gerakan Bersatu sunyi

Bilik gerakan Bersatu sunyi

KEADAAN bilik gerakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kelihatan sunyi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sunyi tanpa pemimpin utama dan calon.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya terdapat petugas Bersatu yang berkumpul di BGU di Jalan Nilai Square, Bandar Baru Nilai, di sini hari ini.

Bersatu bertanding di sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan hari ini.

Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.

Bersatu mengambil keputusan untuk bertanding secara solo selepas Perikatan Nasional (PN) menjalinkan pakatan pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×