Anwar seru rakyat pelihara negara, pertahan perpaduan

Anwar seru rakyat pelihara negara, pertahan perpaduan

ANWAR Ibrahim menyantuni kakitangan kerajaan pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya memelihara negara dengan sebaik-baiknya dan terus mempertahankan perpaduan antara kaum sebagai tunjang kekuatan Malaysia.

Beliau berkata, kemerdekaan bukan sekadar membebaskan negara daripada penjajahan, malah membawa erti kebebasan menentukan haluan sendiri serta keyakinan terhadap keupayaan bangsa yang bermaruah dan negara berdaulat.

Katanya, segala kemajuan dan nikmat yang dikecapi rakyat hari ini terhasil daripada pengorbanan besar generasi terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala yang kita kecapi hari ini hadir dengan keringat, darah dan air mata generasi terdahulu. Justeru, peliharalah negara ini sebaik-baiknya.

“Pertahankan perpaduan rakyat pelbagai kaum sebagai tunjang kekuatan dan isilah kemerdekaan dengan keberanian, keyakinan serta jiwa yang benar-benar merdeka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, kepentingan Malaysia perlu mengatasi sentimen kesukuan dan kedaerahan, manakala keadilan mesti dijamin kepada semua rakyat termasuk golongan tersisih dan terpinggir.

Beliau turut menyeru rakyat supaya terus bekerjasama sebagai satu pasukan, memelihara keharmonian serta mempertahankan negara dengan seluruh tenaga.

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan 2026 esok dengan tema ‘Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini