Anwar minta ahli PKR lupakan kekalahan PRN Johor, Negeri Sembilan

Anwar minta ahli PKR lupakan kekalahan PRN Johor, Negeri Sembilan

ANWAR Ibrahim bersama pimpinan PKR bergambar selepas ucapan penggulungan pada persidangan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh anggota parti supaya melupakan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, sebaliknya kembali memperkukuh organisasi serta bekerja keras menghadapi cabaran politik akan datang.

Beliau berkata, anggota PKR perlu menumpukan usaha memperbaiki diri dan organisasi tanpa terus dibelenggu keputusan pilihan raya lalu.

“Pulanglah dengan semangat yang sama, bersihkan organisasi kita, diri kita, organisasi kita dan seluruh jalan hidup kita. Insya-Allah, jangan bicara lagi soal Johor dan Negeri Sembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah dengan semangat yang anak-anak dan saudara-saudara tunjukkan, saya yakin insya-Allah sejarah akan menentukan kemenangan mutlak kita,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini..

Anwar berkata, PKR tidak boleh mencari jalan mudah untuk mencapai kemenangan kerana perjuangan parti sememangnya memerlukan pengorbanan dan kerja keras.

“Bekerjalah sekarang dan bekerja keras. Dahulu saya kata ‘lawan mereka dan lawan mereka dengan bersungguh-sungguh’. Sekarang saya sebut, bekerja keras! Tiada jalan pintas.

“Jangan pilih cara orang lain, shortcut to heaven, shortcut to victory. There is no shortcut,” katanya.

Menurutnya, perjuangan PKR adalah jalan yang penuh cabaran dan anggota parti perlu kekal istiqamah dengan pilihan perjuangan yang telah dibuat.

“Jalan kita jalan yang penuh liku, jalan yang sukar. Kita dah pilih jalan itu. Too late to change.

“Kalau saudara kata lambat, boleh, ada parti-parti kecil lain. Not too late. Tetapi melihat wajah-wajah saudara yang lama pun dah balik, yang baru pun mula muncul, Masya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×