120 keluarga terima geran tanah selepas 40 tahun

120 keluarga terima geran tanah selepas 40 tahun

NGA Kor Ming menyampaikan geran tanah kepada penerima pada majlis Jamuan Makan Malam anjuran DAP DUN Sungkai di Tanjung Malim, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Penantian isu penempatan melibatkan 120 keluarga di Sungkai dan Kuala Bikam di sini selama 40 tahun ber­akhir apabila menerima geran tanah masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penyelesaian isu tersebut membuktikan kerajaan Madani sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan status sosial.

“Masalah setinggan yang berlarutan lebih 40 tahun kini dapat diselesaikan. Sebanyak 120 keluarga menerima geran ta­nah yang menjadi simbol masa depan yang lebih terjamin untuk mereka dan generasi akan datang.

“Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne­geri Perak, Datuk A. Sivanesan serta seluruh penjawat awam bekerja keras dan berdedikasi dalam memastikan penyelesaian isu ini dapat direalisasikan,” katanya ketika menyampaikan geran tanah kepada penerima di Jamuan Makan Malam anjuran DAP DUN Sungkai semalam.

Kata Kor Ming, kerajaan turut memberi pelbagai inisiatif termasuk peruntukan RM20 juta kepada perkampungan India, RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta peningkatan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada RM150 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×