Tahniah Aniq - Anwar

Tahniah Aniq – Anwar

ANWAR Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Mohamad Aniq atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Glasgow! - Facebook Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet negara, Mohamad Aniq Kasdan atas kejayaannya menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Anwar berkata, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan atlet angkat berat itu.

“Tahniah Mohamad Aniq atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Glasgow!

“Seluruh negara berbangga dengan kejayaan saudara mengharumkan nama Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kejayaan tersebut diharap dapat menyuntik semangat kepada seluruh atlet negara yang sedang beraksi di temasya berkenaan untuk terus memburu kejayaan.

“Semoga detik bermakna ini membakar semangat atlet kita di Sukan Komanwel Glasgow untuk terus memburu kejayaan dan membawa pulang lebih banyak pingat.

“Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjuangan kalian,” katanya.

Sebelum ini, jaguh angkat berat negara itu berjaya menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas mengungguli acara lelaki bagi kategori 60 kilogram (kg) di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo, hari ini.

Mohamad Aniq merangkul gelaran itu dengan jumlah angkatan keseluruhan 273kg yang terdiri daripada 121kg dalam acara snatch dan 152kg dalam acara clean and jerk, serta turut mencipta rekod baharu Sukan Komanwel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN