'Sekarang ada masa, kerja dulu' - Anwar

‘Sekarang ada masa, kerja dulu’ – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan Madani Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua jentera gabungan itu berusaha keras sehingga ke minit terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, terdapat banyak kajian dan unjuran yang dibuat menjelang hari pengundian esok, namun akhirnya rakyat akan menentukan pilihan sebenar mereka.

“Enam survei, enam keputusan. Sekarang ada masa, kerja dulu,” katanya selepas menghadiri Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (Kibar) Peringkat Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai dapatan kajian lapangan oleh Ilham Centre yang dikeluarkan hari ini.

Ilham Centre menerusi kajian pilihan raya yang diumumkan hari ini mendapati kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi menguasai 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Pusat kajian itu pula meramalkan PH memenangi sekurang-kurangnya sembilan kerusi. Bagaimanapun, terdapat lima kerusi yang sukar diramal iaitu Chennah, Linggi, Nilai, Repah dan Temiang.

Kerusi-kerusi itu memperlihatkan persaingan yang sangat dinamik dari segi demografi, sentimen tempatan serta pertembungan personaliti calon.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN