Saya tak guna 'cable' - Arabella Ellen - Utusan Malaysia

Saya tak guna ‘cable’ – Arabella Ellen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Arabella Ellen, 21 menafikan dia menggunakan orang dalam atau ‘cable’ untuk masuk ke dunia lakonan.

Malah pelakon drama Wishlist itu hairan apabila cerita rekaan itu timbul sedangkan dia bekerja keras untuk menjadi pelakon.

“Sejak pertandingan Dewi Remaja lagi, timbul spekulasi berkenaan. Terang bersuluh perkara itu tidak benar.

“Kenapa mahu berkongsi sedangkan semua orang tahu perkara itu sekadar cerita rekaan,” katanya ketika ditemui semasa lawatan media ke lokasi penggambaran Wishlist, semalam.

Arabella bagaimanpun tidak mengambil pusing pandangan orang terhadapnya.

“Pandangan orang tentang saya tidak meninggalkan kesan. Saya tak kisah, apatah lagi membaca komen media sosial.

“Saya jadi diri sendiri dan teruskan hidup saya seperti biasa. Hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang kenal saya orangnya macam mana,” ujarnya.

Disoal tentang kewujudan orang yang membanding-bandingkan rezeki peserta Dewi Remaja, Arabella memaklumkan perkara itu adalah hak individu.

“Perkara ini tidak perlu difikirkan sangat kerana setiap rezeki yang Tuhan turunkan kepada hambanya, berbeza-beza.

“Pengakhirannya, yang hadap perkara itu adalah diri anda sendiri. Anda tidak boleh mengubah pandangan orang terhadap diri anda.

“Orang suka membanding-badingkan, tetapi saya tidak merasakan perkara itu wajar dilakukan,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN