KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan anaknya, Siti Aafiyah Khalid dijangkiti demam panas berserta sakit tekak.
Siti berkata demam itu mengakibatkan suhu badan anaknya meningkat, justeru membuat persiapan awal untuk mengelakkan sakit berterusan.
“Bangun sebab Aafiyah demam, suhu (badan) 39.7 darjah celsius, sakit tekak dan suara dia parau (ibu dah agak dan bersiap ubat),” kongsinya di Thread.
Siti sebelum ini memaklumkan demam, yang sebelum ini menjangkitinya, berpunca daripada pembantu rumah yang lebih awal mengalami penyakit tersebut.
Penyanyi itu dalam masa yang sama memberitahu bahawa beliau baharu pulih daripada demam beberapa hari lalu.
“Saya pula baru sihat daripada batuk dan sakit tekak,” kongsinya.
Siti juga berharap agar kesihatannya pulih secara total menjelang persembahan akhir bulan ini.
”Semoga tak sakit balik sebab ada persembahan 31 Julai ini,” ujarnya.










