PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat petang ini lebih tinggi berbanding 2022.
Menurut dapatan IDE Research Centre (IDERC), setakat 2 petang tadi, sebanyak 48.91 peratus kadar keluar mengundi iaitu meningkat 9.20 peratus berbanding 39.71 peratus yang direkodkan pada waktu sama ketika PRN Johor 2022.
Peratusan itu mewakili 1.312 juta daripada keseluruhan 2.68 juta pengundi berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab berkenaan.
“Momentum pengundian ketika itu sebagai jauh lebih ‘kuat namun tempoh pengundian sebelah petang disifatkan sebagai tempoh kritikal untuk mencapai sasaran kadar keluar mengundi.
“Dari segi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencatatkan jumlah keluar mengundi paling tinggi, setakat ini Semarang kekal mencatatkan 57.8 peratus, diikuti Sedili (56.6 peratus) dan Kahang (56 peratus).
“Sebaliknya, Penggaram mencatat kadar keluar mengundi terendah dengan 39.6 peratus, diikuti Bentayan (40 peratus) dan Simpang Jeram (43 peratus),” katanya.
PRN Johor ke-16 menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditentukan oleh 2,727,926 pemilih berdaftar. – UTUSAN










