PRN Johor: Bersama hilang deposit

PRN Johor: Bersama hilang deposit

PARTI BERSAMA MALAYSIA (BERSAMA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang dipimpin Datuk Seri Rafizi Ramli hilang deposit dalam penyertaan pertama mereka dalam pilihan raya.

Bersama yang bertanding di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 tewas antaranya adalah di DUN Tiram, Bukit Naning dan Permas, selepas ditewaskan oleh Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) di kerusi tersebut.

Parti yang ditubuhkan kurang dari dua bulan itu turut ketinggalan di tujuh lagi kerusi iaitu Puteri Wangsa, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Bukit Permai dan Senai.

Di DUN Puteri Wangsa, Bersama memperoleh 1,933 undi, manakala penyandang iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mencatat prestasi lebih baik dengan meraih 4,548 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN